Halaman Utama

    Sekapur Sireh

    Profil

       Falsafah

       Organisasi

       Profil Guru

       Subjek

    Aktiviti

    Galeri

    Tips Keselamatan

    Borang Pendaftaran

    Hubungi Kami

    Pelan Lokasi

 

PENGENALAN


Taska Mutiara Harapan merupakan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi sejak 30 Oktober 2003. Pihak kami menyediakan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja. Pakej perkhidmatan merangkumi persiapan murid ke tadika, sekolah kebangsaan dan juga ke sekolah agama. Selain itu, kemudahan ‘Transit’ turut disediakan untuk murid-murid sekolah.

Perkhidmatan pengasuhan di Taska Mutiara Harapan berusaha memberi rangsangan kepada pertumbuhan dan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan bahasa di kalangan kanak-kanak. Aspek-aspek ini akan ditekankan melalui aktiviti dan program yang dirancang seperti bercerita, pergerakan motor kasar dan pergerakan motor halus.

Pihak kami turut mengambil berat tentang kredibiliti penyelia dan pengasuh di Taska Mutiara Harapan. Warga kerja sentiasa dipantau oleh Jemaah Pengurusan agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka terutamanya dalam soal pengasuhan, keperluan asas, kebersihan, keceriaan, keselamatan, menyediakan persekitaran yang merangsang perkembangan kanak-kanak dan mempunyai jalinan komunikasi yang baik dengan ibu bapa kanak-kanak.

Kebersihan, Keselesaan, Keceriaan dan Keselamatan adalah menjadi Keutamaan Kami.
 

 

VISI

Menjadi Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan berkualiti bagi kanak-kanak yang berumur dua bulan hingga empat tahun selaras dengan dasar-dasar yang dirancang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelang tahun 2020.
 

MISI

Berhasrat dan berusaha membangunkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang menyediakan perkhidmatan pengasuhan yang bersih, selesa, ceria dan selamat yang mampu menyuburkan serta mengembangkan potensi kanak-kanak dari segi pertumbuhan kognitif, afektif dan sahsiah.


MATLAMAT

Mencungkil, menyuburkan dan mengoptimumkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan, perkembangan, menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan minat, kebolehan dan peringkat umur kanak-kanak.



OBJEKTIF

1. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana

    bersih, selesa, ceria dan selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.
2. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang menyeluruh, seimbang dan

    bersepadu melalui pendedahan, pengalaman dan interaksi.
3. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan

    perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.

4. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan

    dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal dan rutin harian.
5. Meluaskan peluang belajar, pengalaman, potensi diri kanak-kanak melalui pengajaran

    dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan minat, kebolehan dan peringkat

    umur kanak-kanak.

6. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

7. Memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal taska dijalankan dengan cekap,

    berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan

    pelanggan  iaitu kanak-kanak, penyelia, pengasuh, ibu bapa, masyarakat dan negara.

 



LOGO



Warna Kuning: Melambangkan Keceriaan
Warna Merah: Melambangkan Keberanian
Warna Biru: Melambangkan Keharmonian Dan Kedamaian
Warna Unggu: Melambangkan Kecintaan Dan Kasih Sayang
Huruf Kecil Abjad M dan H: Singkatan Nama Mutiara Harapan
KID CARE: Perkhidmatan Pengasuhan Kanak-Kanak

MOTTO
DIDIDIK, DILINDUNGI, DAN DIKASIHI


PAKEJ YANG DISEDIAKAN
 Menetap di taska dan menghadiri kelas tadika
 Menetap di taska dan menghadiri kelas Kafa Integrasi
 Penjagaan bayi dari umur dua (2) bulan ke atas
 Penjagaan kanak-kanak satu (1) tahun hingga empat (4) tahun
 Penjagaan kanak-kanak empat (4) tahun ke atas


HARI DAN MASA OPERASI
Isnin hingga Jumaat 7.00 pagi – 6.30 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Negeri Selangor) Tutup

 

KURIKULUM TASKA


Taska Mutiara Harapan menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran, Malaysia. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut minat, kebolehan dan peringkat umur kanak-kanak seawal usia dua (2) bulan hingga empat (4) tahun.

Komponen pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara bersepadu sebagaimana berikut:

 Bahasa dan Komunikasi
 Pendidikan Kerohanian dan Moral
 Perkembangan Kognitif
 Perkembangan Sosioemosi
 Perkembangan Fizikal
 Kreativiti dan Estetika


BAYARAN YURAN
Sila rujuk Bahagian Kewangan Taska Mutiara Harapan.

SYARAT DAN PERATURAN TADIKA
Satu salinan Syarat dan Peraturan Taska akan diberikan kepada Ibubapa yang mendaftarkan anak mereka di Taska Mutiara Harapan.



 

 

© 2007 Tadika Alya Az-Zahrah. Hakcipta Terpelihara.
Sebarang artikel dan komunikasi di dalam laman web  ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kesulitan yang timbul berpunca daripada maklumat tersebut. Laman web dibina dan diselenggara oleh
eightyeightstudio.com